Sunday, 27 February 2011


Tajuk esei;
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid Sungai Adam
Disediakan untuk;
Ustaz Abd Aziz Harjin, (Pensyarah CTU 151)
Disediakan oleh;
Nama: Mohamad Noor Bin Hamidan   
No.Matrik: 2010816556
Kumpulan: ASD2Dn

Program;
Diploma Sains Gunaan (AS120)
Tarikh Hantar;
28/2/2011

Isi kandungan;
1)          Tajuk
2)          Abstrak
3)          Pendahuluan
4)          Konsep:

 i.       Sejarah pembinaan Masjid Sungai Adam
ii.      Kegiatan Masjid Sungai Adam
iii.      Peranan Masjid Sungai Adam
iv.      Masalah Yang Dihadapi Masjid Sungai Adam
v.      Penyelesaian Yang Dilakukan 

5)          Penutup
6)          Bibliografi

Tajuk
 Sejarah pembinaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Sungai Adam

Abstrak
Masjid  merupakan tempat atau rumah ibadah yang penting dalam kehidupan seseorang individu muslim.Peluang memperoleh pahala yang berlipat kali ganda amat tinggi jika bersolat di masjid kerana bersolat di masjid atau di surau akan diberi ganjaran 27 kali darjat pahala dari Allah SWT.Berbanding pula seseorang hamba Allah yang bersolat bersendirian hanya akan mendapat 1 kali darjat pahala disisi Allah bersolat di masjid juga banyak kelebihannya kerana pahalanya boleh bertambah jika bersolat sunat .Contohnya,seorang muslimin atau muslimah yang bersolat sunat tahiyatul masjid akan memperoleh lebih banyak pahala disisi Allah.Solat sunat tahiyatul masjid hanya dilakukan selepas masuk ke dalam masjid. Solat ini dilakukan selepas masuk ke dalam masjid sementara menunggu  bilal melaungkan azan menandakan telah masuknya waktu sembahyang atau solat tersebut. Seperti mana yang kita telah ketahui, terdapat tiga masjid yang paling mulia di dalam dunia ini, tiga masjid tersebut ialah Masjidilharam di Makkah , Masjid  Nabawi, dan Masjidil aqsa.Selain itu, seseorang muslim atau muslimah mampu menambah pahala jika memasuki masjid dengan langkah kaki kanan dahulu serta berniat atau berdoa dengan doa “Ya Allah, kurniakanlah diriku rahmat-Mu” dan diikuti dengan berniat iktikaf di dalam masjid kerana Allah taala. Sebelum keluar daripada masjid, disunatkan melangkah keluar dengan kaki kiri dahulu dan berdoa “ Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini dengan rezeki-Mu “. Seseorang muslimin atau muslimah boleh melakukan sunnah Rasulullah ini dengan membaca doa tersebut didalam hati dengan niat atau secara lisan dengan perlahan tidak terlalu kuat sehingga boleh menggangu jemaah yang lain. Insyaallah, kehidupan seseorang muslim akan memperolehi keberkatan pahala yang berlipat kali ganda, Alhamdulillah.  


Assalamualaikum,
         Syukur Alhamdulillah saya ucapkan ikhlas dari sanubari saya kepada Allah yang maha esa kerana memberi rahmat dan peluang kepada saya untuk menulis dan menyiapkan esei yang diamanahkan kepada saya ini.Hal ini kerana hanya Allah berkuasa dalam menentukan kejayaan atau kegagalan saya dalam menyiapkan esei ini.Tidak lupa juga kepada penduduk taman utara jejawi  terutamanya Encik Mohamad Hanif Bin Abd Rahim (Pak Hanip): Imam masjid sungai adam, Encik Yahaya Bin Radzi (Pak yahaya),Tok Siak masjid sungai adam dan rakan-rakan serta ayah saya Encik Hamidan Bin Yahaya, Tmn Utara Jejawi yang banyak membantu dalam proses menemubual penduduk kampung untuk menyiapkan esei ini.Selain itu,tidak lupa ucapan terima kasih kepada pensyarah  CTU saya , Ustaz Aziz Harjin kerana tunjuk ajar dan bimbingannya dalam menyiapkan kerja kursus ini.di samping itu, tunjuk ajar beliau telah memveri keyakinan kepada saya untuk menyiap kan kerja kursus ini. Saya ingin juga mengucap kan terima kasih kepada ayah, kakak, adik, dan saudara mara yang banyak memberi bahan dan panduan rujukan kepada sayauntuk menyiap kan kerja kursus ini.seterusnya saya ingin mengucap kan terima kasih kepada kawan- kawan saya iaitu mohamad hafiz (apit) yang banyak membantu saya untuk menyusun maklumat dan kajian ini.

      
         Skop tulisan yang saya padatkan di dalam esei ini merangkumi aktiviti atau kegiatan-kegiatan di masjid Sungai Adam, carta organisasi masjid ini, sejarah penubuhan, peranan masjid ini, masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaiannya.

          Harapan saya agar pembaca yang berpeluang meneliti hasil saya ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar. Selain itu,penyebaran maklumat yang terkandung dalam hasil ini adalah digalakkan untuk tatapan masyarakat.jika terdapat sebarang kesilapan maklumat,sila komenkan untuk saya perbetulkan.Diharap Masjid Sungai Adam akan dikenali masyarakat.

          Akhir kata,institusi masjid amat penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana perkembangan ilmu agama bermula dari sini.Kita sebagai generasi muda adalah diwajibkan untuk mengimarahkan masjid tersebut.  Wassalam…

Sejarah penubuhan Masjid Sungai Adam
Sejarah Masjid Sungai Lama



Masjid Sungai Adam
Masjid Lama ini didirikan sekitar tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini. Bahagian tengah masjid diperbuat daripada batu manakala di bahagian lain kebanyakkannya diperbuat daripada kayu.
Bahan binaan Masjid Lama terdiri daripada batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur itik dan berbagai jenis manisan. Proses membina masjid ini mengambil masa yang agak lama. Oleh kerana pada masa tersebut simen belum ada di pasaran maka ia telah digantikan dengan pasir yang dicampur dengan kapur serta batu dan kemudiannya dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik. Telur ayam dan itik hanya akan diambil telur yang berwarna putih sahaja kerana putih telur dan manisan akan bertindak sebagai simen untuk meneguhkan pegangan antara batu-bata dan juga tanah liat.
 Di samping itu, ruang beranda telah diperbesarkan di sekeliling masjid. Beberapa tahun kemudiannya pula dibuat lagi tambahan bangunan di sebelah kanan dan kiri masjid yang kelihatannya seperti bersayap bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.
Pada waktu malam akan dipasang lampu minyak tanah untuk menerangi masjid terutamanya pada bulan puasa dan ketika diadakan sebarang sambutan dan kenduri. Tikar mengkuang, tikar menerung atau tikar rumput dijadikan hamparan di dalam masjid. Air untuk mengambil wuduk akan diangkut oleh anak jemaah secara bergilir-gilir seminggu sekali dari sungai yang berhampiran iaitu Sungai Adam dan kemudian akan dituang ke dalam kolah air yang terletak bersebelahan masjid. Kerja-kerja membersih di dalam dan luar masjid pula diusahakan secara bergotong-royong oleh anak-anak jemaah masjid.
Tambahan pula, masjid ini telah mengalami pelbagai perubahan. Atap masjid, lampu, tikar dan segala kelengkapan masjid telah ditukar dengan yang baru. Walau bagaimana pun, pada tahun 1973 Masjid Sungai adam ini telah dibina di tapak masjid yang ada sekarang menggantikan Masjid Lama Adam.


Berikut merupakan senarai nama imam dari yang pertama sehingga imam kelima


1962-1969


Haji zainuddin B Khalid
1969-1990
Haji Ismail B. Nayyan
1990-1999
Haji Yahya Affandi
1999-2006
Haji Ahmad B. Haji Ali
2006-Sekarang
Encik Mohamad Hanif Bin Abd Rahim

Kegiatan Masjid Sungai Adam
        Di masjid Sungai Adam ini terdapat banyak aktiviti yang telah dijalan kan selama ini di samping untuk meninggikan martabat Masjid Sungai Adam ini.Setiap masjid mempunyai keagamaan dan cara pendakwahannya yang tersendiri. Namun, tujuan hanyalah satu iaitu untuk menyeru para jemaahnya mengesakan Allah S.W.T. Masjid Sungai Adam ini mempunya aktiviti atau kegiatan dakwah yang tersendiri seperti kuliah bulan, kuliah ramadhan dan sebagainya.Berikut merupakan aktiviti dakwah masjid ini.

Kuliah maghrib       

      Selepas solat maghrib Masjid Sungai Adam juga turut mempunyai kuliah maghrib seperti yang banyak dilakukan di masjid –masjid yang lain. Penceramah yang di undang adalah orang dari kampung terdekat. Ini juga dapat mengakrabkan lagi hubungan sesama kampung setempat. Bukan sekadar itu sahaja, walaupun penceramah itu dari kampung setempat tetapi beliau telah banyak berkhidmat dalam pelbagai ceramah mahupun di masjid dan di luar kawasan masjid. Penceramah tersebut berumur dalam lingkungan 30 dan keatas. Kebanyakkan mereka ini banyak mendapat pengajian dari luar Negara di samping berkhidmat untuk masjid Sungai Adam. Kuliah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu dan penceramahnya yang tersendiri.Kuliah ini dilakukan untuk menyedarkan masyarakat islam di sini agar sentiasa beribadah kepada Allah sementara mempunyai masa. Antara bidang ilmu yang diajar adalah seperti ilmu fiqah ,tauhid, hadis dan sebagainya. Contohnya, pada hari jumaat (malam sabtu), ramai penduduk setempat datang ke masjid untuk memeriahkan lagi masjid tersebut.

Tazkirah bulanan
     Masjis Sungai Adam juga mengadakan beberapa akitivirti iaitu kuliah Bulanan. Kuliah ini diadakan adalah untuk meniingkatkan kadar jemaah dating ke masjid di samping mengimarah kan lagi institusi masjid tersebut. Hal ini juga dpat meningkatkan lagi pengtahuan terhadap agama islam. Kuliah ni juga dapat merapatkan silaturrahim sesama insan tidak mengira tua atau muda, seterusnya kepada sesiapa yang mempunyai kawan yang sudah lama terputus hubungan jadi inilah masanya untuk kita bertemu dengan mereka itu(insyaallah). Walaubagaimanapun sebelum membuat kuliah bulanan, ahli jawatankuasa perlu memberitahu jabatan mufti untuk memudahkan jabatan tersebut membuat pemilihan penceramah yang akan menyampaikan kuliah bulanan. Kuliah bulanan tersebut  dilakukan pada setiap minggu ketiga pada setiap bulan (hari rabu malam khamis). Kuliah ini dilakukan untuk meningkatkan ilmu agama anak-anak kariah..





perkahwinan

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan kabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina
Di masjid sungai Adam ini juga pernah di adakan majlis perkawinan. Kini sudah melebihi 276 kali majlis ini diadakan di sini. Jelas dapat kita perhatikan masjid
bukan sahaja untuk orang bersolat tapi terdapat juga perkara lain yang boleh dilakukan.di samping itu juga ini dapat mengerat kan lagi siraturraahim sesama manusia.perkahwinan ini juga boleh membebas kan kampung ini daripada belenggu maksiat di merata tempat seperti yang kita ketahui di dada akhbar hingga kini. Majlis perkahwinan ini jaga dapat menghebahkan kepada semua orng bahawa mereka ini sudah sah secara rasmi menjadi suami isteri.


Gotong – royong membersihkan masjid

       Gotong- royong di sekitar kawsan masjid sudah semestinya bagi kawasan kampung saya. Kegiatan seperti ini telah lama dimulakan dan sehingga kini aktiviti seperti ini dijalankan. Aktiviti seperti ini banyak menjadi ikutan kepada orang ramai. Di samping itu, kerja yang ingin di tugas kan di beri kepada orang berkeyakinan yang ingin menjadi ketua bagi stiap kawasan itu. Seperti yang kita ketahui dalam sesuatu pekerjaan jikalau kumpulan itu melebihi daripada dua orang maka haruslah melantik seorang ketua bagi melancarkan aktiviti itu disamping memudahkan sesuatu kerja. Tidak dilupakan juga, anak anak muda di kawasan ini di beri suntingan utama untuk mengikuti aktiviti ini. Malahan, kemungkinan besar mereka juga akan memegang jawatan besar di masjid ini.


Solat tarawikh
Seperti mana kita ketahui solat tarawikh selalunya di lakukan pada malam hari iaitu pada bulan ramadhan dan dilaksanakan selepas solat isyak. Masjid  Sungai Adam turut mengadakan solat tarawikh pada malam tersebut. Ini menambah meriah kan keadaan di masjid dan menambah jumlah bilangan yang hadir di masjid ini. Walaupun solat ini hanya solat sunat tapi  pahala yang akan kita dapat cukup bermakna pada suatu hari nanti. Pada malam itu lah kita patut mencari pelbagai kebaikan kerana pada malam malam tersebut terdapatnya malam Lailatul qadar. Malam ini adalah malam yang lebh baik dari seribu bulan. Sepanjang kajian saya di masjid Sungai Adam ramai penduduk datang ke masjid berpusu-pusu untuk mendapat saf di hadapan dan ada juga orang yang ingin menjadi imam dan ada juga orang ramai ingin melaungkan azan pada malam yang mulia tersebut. Pada suatu ketika, masjid tersebut terlampau penuh dan terpaksa mereka solat di luar, jelas ini menunjukkan bahawa ajaran islam adalah agama yang mulia, ini menunjuk bahawa jikalau ingin melakukan solat kita boleh melakukan di mana sahaja. Apa yang pasti temapat yang ingin di lakukan adalah tempat yang bersih.

Peranan Masjid Sungai Adam Kepada Masyarakat

        Setiap institusi mempunyai peranannya yang tersendiri. Institusi masjid juga turut mempunyai peranan untuk kepentingan masyarakat. Masjid Sungai Adam juga turut memainkan peranan untuk menyeru masyarakat agar mengesakan Allah S.W.T. Hal ini dipraktikkan oleh masjid ini dengan melakukan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama dan bacaan yasin untuk menarik minat penduduk setempat. Selain itu, masjid ini juga merupakan tempat menuntut ilmu kerana terdapat kelas fardhu ain yang dijalankan di dewan lama bersebelahan masjid ini. Kesimpulannya, Masjid di Sungai Adam ini sentiasa berperanan untuk memberi keselesaan dunia dan akhirat kepada penduduknya. 
Masalah Yang Dihadapi Di Masjid Sungai Adam

        Masalah utama yang dihadapi oleh masjid ini ialah solat jemaah di masjid kurang memberansangkan bagi mereka yang tidak hadir. Hal ini dapat dilihat semasa waktu solat subuh dan zohor. Kekurangan ini mungkin di sebab kan bangun lewat pada waktu subuh manakala pada waktu tengahari iaitu waktu solat zohor mereka mungkin tidak mempunyai masa yang panjang untuk solat jemaah dimasjid dan kemungkinan besar mereka itu suka solat sorang dirumah berbanding jemaah di masjid ,kekurangan jemaah  jelas kelihatan berdasarkan pola kehadiran jemaah. Terutamanya pada tahun 1970 hingga 1980,jumlah jemaah berkurangan secara drastik kerana kemungkinan besar kekurangan aktiviti keagamaan dan info agama pada diri individu tersebut.justeru itu, Masalah ini seharusnya dicegah secepat mungkin untuk mengelakkan kemurkaan Allah S.W.T.



Jalan Penyelesaian Yang Dilakukan

       Seperti selalu diperdengar kan oleh orang ramai kata pepatah Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Masjid Sungai Adam juga telah mengambil langkah yang optimum dan efisen untuk meningkatkan jumlah jemaah yang hadir ke masjid Sungai Adam. Pelbagai aktiviti keagamaan yang dijalankan masjid ini tampak memberi impak positif kepada jumlah kehadiran jemaah. Contoh aktiviti yang dilakukan ialah perarakan sempena maulidur rasul,majlis maal hijrah dan sebagainya. Jalan penyelesaian yang diambil amat berkesan kerana jumlah jemaah yang hadir bersolat ke masjid ini meningkat mendadak. Selain itu,aktiviti riadah atau bersukan seperti sepak takraw dan badminton juga dijalankan di kawasan gelanggang bersebelahan kawasan masjid. Apabila masuknya waktu solat,para penduduk yang beriadah disitu boleh bersembahyang di masjid Sungai adam ini. Hal ini mamapu meningkatkan jumlah jemaah yang bersolat di masjid. Setiap institusi masjid perlu mempunyai langkah yang berkesan untuk meningkatkan jumlah jemaahnya agar masjid dapat diimarahkan. 

Penutup
     
Sebagai kesimpulan,setiap masjid yang dibina mestilah mempunyai tujuan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa masjid masing- masing dan juga haruslah memainkan peranan untuk meyemai peasaan cinta akan Allah s.w.t.Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di masjid selain berdakwah,solat atu beiktikaf selagi batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga dan perkataan yang dilakukan tidaklah sia-sia atau boleh melalaikan umat Islam daipada mengingati Allah s.w.t.
 Disamping itu, Masjid merupakan tempat beribadah yang paling dituntut dalam/// islam. Hal ini dapat dilihat dalam sabda Rasulullah bahawa sesiapa yang tidak datang bersolat di masjid tanpa keuzuran maka tidak sempurnalah solat seseorang
itu. Seseorang muslimin atau muslimah seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar berdasarkan sabda baginda tersebut.hal ini perlu dilakukan untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu,setiap orang islam perlu berusaha mengubah diri sendiri secepat mungkin untuk menegakkan agama islam dengan mengimarahkan masjid kerana ajal maut tidak mengenal tempat,masa dan usia.

Bibliografi
·        Encik Mohamad Hanif Bin Abd Rahim (Pak Hanip): Imam masjid sungai adam
·        Encik Yahaya Bin Radzi (Pak yahaya),Tok Siak masjid sungai adam
·        Encik Hamidan Bin Yahaya, Tmn Utara Jejawi
·        Pn hamidah bin Isnain